#Berbasikal lambatkan penuaan# 🚲🚲🚲 18 Mac 2018 07:17 AM LONDON 10 Mac – Kajian pasukan saintis Britain mendapati aktiviti berbasikal boleh melambatkan kesan penuaan dan ‘meremajakan’ sistem imun. Menurut portal mirror.co.uk, pasukan saintis melakukan ujian ke atas 125 penunggang amatur berusia antara 55 hingga 79 tahun dan membandingkannya dengan orang dewasa yang sihat dari kumpulan umur yang tidak bersenam secara berkala. Penemuan menunjukkan bahawa para penunggang basikal memelihara jisim otot dan kekuatan dengan usia sambil mengekalkan tahap lemak serta kolesterol yang stabil. Lebih menarik lagi, kesan anti-penuaan daripada aktiviti berbasikal turut menguatkan sistem imun. Satu organ dikenali sebagai thymus yang menghasilkan sel-sel imun dipanggil sel T biasanya mula mengecut selepas usia 20 tahun tetapi organ berkenanan pada penunggang yang lebih tua didapati banyak menjana sel T seperti orang muda. Pengarah Institut Keradangan dan Penuaan University of Birmingham, Profesor Janet Lord berkata, penemuan tersebut merupakan bukti kukuh yang dapat menggalakkan orang ramai untuk melakukan senaman secara teratur sepanjang hidup mereka untuk kekal sihat. “Aktiviti berbasikal memberi banyak manfaat kepada kesihatan individu. Tubuh mereka dibenarkan untuk melewati usia dengan lebih optimum, bebas daripada penyakit yang biasanya disebabkan oleh masalah tidak aktif. “Jika dikeluarkan aktiviti berbasikal itu daripada rutin harian mereka, tahap kesihatan mereka mungkin akan merosot,” jelasnya. Penunggang basikal lelaki yang mengambil bahagian dalam kajian itu perlu berkayuh sejauh 100 kilometer di bawah 6.5 jam, manakala wanita pula sejauh 60 kilometer dalam masa 5.5 jam. Kumpulan tidak bersenam terdiri daripada 75 orang yang sihat berusia antara 57 hingga 80 tahun, dan 55 orang dewasa muda berumur antara 20 hingga 36 tahun. Penyelidikan tersebut dilaporkan dalam dua kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal Aging Cell. http://ift.tt/2GCFKzw 🚲 🚲 🚲 🚲 🚲 From Facebook TNBJ

Mirror Online: The intelligent tabloid. #madeuthink All the latest news, sport and celebrity gossip at Mirror.co.uk. Get all the big headlines, pictures, analysis, opinion and video on the stories that matter to you. More info @ http://mirror.co.uk/ Automated post...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan-tuan dan Puan-puan. Sebagaimana yang telah diuar-uarkan sebentar tadi kelab eksekutif TNBJ akan mengadakan kutipan derma untuk: 1. Madrasah Masjid Lama Lambor Kanan yang daif dan memerlukan pembaik pulih seperti bumbung bocor dan fasiliti belajar yang usang. 2. Tiga beradik yang menderita talasemia major di Manjung yang memerlukan kos perubatan yang tinggi. http://ift.tt/2n3MLRb Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun kelab eksekutif 08059010025043 (Bank islam) ataupun terus kepada wakil ajk KEJ 1. En Mior Hasan 2. Puan Azlinda Sumbangan akan diberikan terus ke pintu penerima sumbangan pada 10/3/2018 (Sabtu). Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan. -KEJ- From Facebook TNBJ

Tiga beradik derita talasemia major MANJUNG: Ketika gembira melihat anak bongsu yang semakin pulih daripada penyakit Beta-talasemia major, pasangan suami isteri ini diuji apabila seorang lagi anak, Nureen Damia Musa mengalami komplikasi selepas menjalani rawatan...