from TNB Janamanjung Sdn. Bhd. http://ift.tt/2FTmBMA
21 Mac 2018 – Hari ini wakil PKPI Janamanjung, Tuan Haji Mohamad Salleh iaitu SU PKPI Janamanjung telah berkunjung ke kediaman Tuan Haji Daud bin Hasan, SM Production GF1 bagi menziarahi beliau yang masih lagi bercuti sakit dan juga menyampaikan hadiah kecemerlangan akademik daripada PKPI Janamanjung kepada anak beliau, Muhammad Ihsan bin Haji Daud di atas kecemerlangan beliau dalam peperiksaan SPM 2017 yang telah diumumkan baru-baru ini. Beliau yang mendapat pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng telah berjaya memperolehi keputusan 11A pada peperiksaan SPM tersebut. Semoga dengan kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk beliau berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa hadapan. – HBH